No posts.
No posts.

MATLAMAT PSS

Sekolah bermatlamat mewujudkan pendidikan yang bermutu dengan menggunakan secara optima segala kemudahan, bahan, peralatan, kelengkapan dan tenaga.

PSS adalah menepati keperluan pendidikan masa kini yang menitik beratkan penggunaan pelbagai jenis media supaya membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pelbagai sumber dan berorentasikan aktiviti-aktiviti secara individu atau kumpulan adalah jelas dapat mewujudkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat menarik minat dan berkesan.Justeru , ia adalah satu bahagian yang penting dan mesti diwujudkan di sekolah.

OBJEKTIF PSS

1.

Dengan adanya berbagai media sumber di PSS, guru-guru dapat meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai prestasi pencapaian akdemik yang tinggi.

2.

Daripada kemudahan dan kepelbagaian bahan sumber yang ada di PSS ia boleh mendorong dan menggalakkan tabiat murid belajar sendiri, minat kepada membaca dan pembaharuan dalam bidang keilmuan.

3.

Memberi galakkan penggunaan pelbagai bahan kemudahan pengajaran dan pembelajaran kepada guru dan murid supaya pembelajaran tidak tertumpu kepada buku teks dan papan hitam sahaja.

4.

Membantu guru-guru dan murid-murid dalam usaha berterusan untuk menghasilkan dan menilai berbagai bahan dan alat pengajaran dan pembelajaran.

5.

Di masa-masa yang tertentu dan sesuai, murid-murid boleh melatih dirinya sendiri membuat kerja-kerja rujukan daripada berbagai sumber.

6.

Pusat Sumber boleh memupuk dan membawa kemahiran belajar di kalangan murid-murid disamping menerapkan nilai-nilai murni ke arah boleh berdikari, berfikir matang dan berdisplin.

MISI PSS

· Pengurusan dan pentadbiran pusat sumber yang sistematik.

· Mempelbagaikan aktiviti dan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

· Membangunkan dan menceriakan pusat sumber.

VISI PSS

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Inas berhasrat dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti penggunaan pelbagai sumber teknologi terkini dalam bidang pendidikan bagi semua warga sekolah.